Sunday 11 December 2011

Pendidikan Seni Visual untuk kanak-kanak

Kita juga bersetuju Pendidikan Seni Visual ini merupakan salah satu mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengeksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi khususnya untuk kanak-kanak sekolah rendah ke bawah. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada mereka sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh





dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka.Menerusi pendidikan seni juga kanak-kanak digalakkan menemui visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coretanperibadi.Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya,yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan penyelesaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap soalan.Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yanglebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka menghadapicabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh mereka adalah ruang untuk hidup.

Bagaimana hendak mencampurkan warna menggunakan water colour

cara mewarna gambar pokok

cara melukis gambar bunga rose

Pendidikan seni visual

lukisan

aktiviti seni
Definisi Pendidikan Seni

Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya